Hmm, aku ni bukan nye baik sangat pun kan, tapiii aku seorang muslimah, and you know what,
SEORANG MUSLIMAH SEPATUTNYE MENUTUP AURAT. ITU WAJIB, BUKAN FESYEN.
Fahamm dah ? tak faham lagi ? okay okay, meh sini aku terangkan. Aku tau, aku faham, sebab aku pungg perempuan. Same macam kau, kalau kau perempuan la -,- okay okay . Aku faham kita perempuan mesti laaa nak cantik kan ? Mesti ade keinginan untuk berfesyen kan ?
Ada macam macam fesyenggg kan sekarang. Kalau nak pakai tudung tu, ade shawl la, pashmina la, tudung Ariani la, tudung bawal la, tudung bidang la, aku tinggal nak tunggu fesyengg TUDUNG SAJI je ni, ade kut keluaran 2020, seiring dengan wawasan 2020 Malaysia. Baguss lah tu -..- okay sambung >
Hmmm, kalau nak berfesyen haram ke ? Bende tu jadi haram kalau kita yang manggunakannye dengan cara yang haram. Betul tak ? Betul lah ! kalau nak pakai shawl ke, pashmina ke tak haram. Tapi, bende tu jadi haram kalau bertentangan dengan hukum Allah. MANA SATU YANG KAU NAK DAHULUKAN ? FESYEN KE HUKUM ALLAH ? Aku mengaku, memang perempuan suka sangat nak berfesyen, berfesyen la dengan cara yang betul. Boleh kan ?
Kadang-kadang aku tengok pakai pashmina ataupun shawl memang cantik. Tapiii, yang jadi tak cantik nye, pakai kerana fesyen, bukan PAKAI KERANA NAK MENUTUP AURAT. Pakai tudung tu, ikutlah hukum Allah , Allah ade berfirman dalam surah An-Nur, ayat 31 :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dada mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Dah baca ? hmm, Allah tu sayang sangat dekat kaum hawa, sebab tu Allah suruh kita tutup aurat :D supaya kita boleh dijauhkan daripada nafsu lelaki lelaki kat luar tu. Okay okay kali ni aku taknak letak gamba ape2 sebab nanti takut kalau kalau ade yang terasa. Aku tak berniat yang memburukkan-burukkan sesiapa. So, ayat terakhir tu Allah dah kata dah, dah bertaubatlah kamu seklian kepada Allah :D okay sama sama kita beramal, selmaat beramal ;)
DON'T NEED MAKE UP TO COVER UP BEING THE WAY THAT YOU'RE IS ENOUGH :D
No comments:
Post a Comment